NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Media Prima Berhad (No. Syarikat 532975 A) dan anak-anak syarikatnya, syarikat bersekutu serta entiti yang dikawal bersama (secara kolektif dirujuk sebagai “MPB”) menggunakan Data Peribadi anda.

MPB dirujuk sebagai “kami”, “kita” atau “milik kami”. Mana-mana individu yang menggunakan dan mengakses laman MPB, Kandungan atau Perkhidmatan dirujuk sebagai “Pengguna”, “anda” atau “milik anda”.

Laman Web” bermaksud laman web rasmi, halaman web, antara muka web mudah alih, laman mikro, halaman pendaratan, portal, aplikasi, media sosial dan platform digital lain yang dimiliki, dikendalikan, dikawal atau disediakan oleh MPB dan anak-anak syarikatnya, syarikat berkaitan serta entiti bersekutu termasuk semua subdomain dan domain khusus negara, serta sebarang kandungan, ciri, fungsi, teknologi pengiklanan, teknologi penjejakan, integrasi dan perkhidmatan yang disediakan melaluinya.

Data Peribadi anda mungkin dikumpulkan melalui kuki dan teknologi seumpamanya yang digunakan di Laman Web, dan data tersebut akan diproses selaras dengan Notis ini dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Pengakuan dan Persetujuan

Dengan (1) berkomunikasi dengan kami; (2) menggunakan perkhidmatan kami; (3) membeli produk daripada kami; atau (4) melalui penglibatan anda dengan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini serta bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan, memproses dan memindahkan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini.

Kami berhak untuk mengubah, mengemas kini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan Notis yang dikemas kini di Laman Web. Dengan terus berkomunikasi, menggunakan perkhidmatan kami, membeli produk atau terus berurusan dengan kami selepas sebarang pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat bank, maklumat kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, imej, minat peribadi, alamat e-mel, pekerjaan, jawatan, maklumat syarikat, industri pekerjaan, serta sebarang maklumat mengenai anda yang diberikan kepada kami melalui borang pendaftaran, borang permohonan atau sebarang borang lain yang serupa dan/atau sebarang maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami dari semasa ke semasa termasuk Data Peribadi sensitif seperti maklumat berkaitan kesihatan, atau kepercayaan agama.

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Namun, jika anda tidak memberikannya, kami tidak akan dapat memprosesnya bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan yang dinyatakan di bawah.

Jika anda adalah ejen, vendor, pembekal atau penyedia perkhidmatan, pemberian Data Peribadi adalah wajib dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang atau peraturan, dan boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk anda menyediakan perkhidmatan atau produk kepada kami atau mengeluarkan pembayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.

Sumber Data Peribadi

Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung, kami juga boleh mengumpulkan Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Pengisian dan kelengkapan borang permohonan atau borang pendaftaran atau sebarang borang lain yang serupa melalui dalam talian atau sebaliknya;
  • Pendaftaran anda di Laman Web sebagai pengguna;
  • Daripada sumber awam;
  • Daripada interaksi anda di media sosial MPB;
  • Daripada agensi pelaporan kredit;
  • Apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan kami dalam mana-mana acara atau aktiviti;
  • Apabila anda menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh kami;
  • Daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah MPB;
  • Penggunaan Laman Web MPB. Senarai Laman Web boleh didapati di https://www.mediaprima.com.my/. Data Peribadi anda juga boleh dikumpulkan daripada kuki yang digunakan di Laman Web;
  • Daripada log pelayan kami apabila anda log masuk ke Laman Web, seperti butiran alamat protokol internet; atau
  • Daripada maklumat log telefon apabila anda menghubungi kami, seperti nombor telefon anda.
Tujuan Pemprosesan

Kami boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda tanpa had untuk tujuan perniagaan dan pentadbiran MPB termasuk tetapi tidak terhad seperti berikut (“Tujuan”):

Sekiranya anda merupakan pelanggan atau pelanggan langganan kami:

  • untuk melaksanakan tanggungjawab kami dengan mana-mana kontrak yang dimasuki dengan anda;
  • untuk menyediakan anda sebarang perkhidmatan atau produk yang anda minta;
  • untuk memproses langganan anda untuk Perkhidmatan kami dan untuk memberikan Perkhidmatan yang dilanggan itu kepada anda;
  • untuk mengurus pembelian atau permintaan anda untuk ruang pengiklanan;
  • sekiranya anda telah memohon bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan, untuk tujuan memproses permohonan tersebut, untuk menyerahkan bahan berkenaan kepada anda, serta memberikan lesen kepada anda untuk menggunakan kandungan yang dimohon;
  • untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian penyelidikan, pertandingan, promosi, pungutan suara, tinjauan, kaji selidik atau sebarang penerbitan;
  • untuk memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan langganan anda dengan kami serta menyediakan manfaat yang ditawarkan kepada pelanggan berdaftar;
  • untuk mengesahkan pembelian anda dan memproses pembayaran yang berkaitan dengan sebarang produk atau perkhidmatan yang anda minta;
  • untuk memahami dan menganalisis jualan kami serta keperluan dan keutamaan anda;
  • untuk membangunkan, menambah baik dan menyediakan produk serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan anda;
  • untuk memproses pertukaran atau pemulangan produk;

Sekiranya anda merupakan ejen, vendor, pembekal atau penyedia perkhidmatan:

  • untuk tujuan pelantikan anda bagi menyediakan perkhidmatan atau produk;
  • untuk memudahkan atau membolehkan sebarang semakan yang diperlukan oleh kami bagi tujuan pelantikan anda;
  • untuk memproses pembayaran bagi caj dan cukai berkaitan produk atau perkhidmatan yang telah anda sediakan kepada MPB;
  • untuk menghubungi anda atau syarikat anda;

Umum:-

  • untuk menjawab sebarang pertanyaan, komen dan maklum balas daripada anda;
  • untuk berkomunikasi dengan anda bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti pengauditan, analisis data, dan penyimpanan rekod pangkalan data;
  • untuk tujuan penyiasatan, pengesanan, pencegahan dan pendakwaan terhadap pelanggaran keselamatan, jenayah atau penipuan;
  • untuk mematuhi kewajipan kami di bawah undang-undang;
  • untuk mengekalkan rekod yang bersesuaian bagi tujuan pentadbiran dalaman;

Dengan menggunakan Laman Web, produk dan perkhidmatan kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda bagi Tujuan tersebut dan mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini.

Tujuan Pemasaran dan Promosi

Kami juga boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti berikut (“Tujuan Tambahan”):

  • Untuk menghantar kepada anda makluman, surat berita, kemas kini, surat-menyurat, bahan promosi, keistimewaan khas, ucapan perayaan daripada kami, rakan niaga, penaja atau pengiklan kami;
  • Untuk memaklumkan dan menjemput anda ke acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh kami, rakan niaga, penaja atau pengiklan kami;
  • Untuk memproses pendaftaran anda bagi menyertai atau menghadiri sesuatu acara atau aktiviti serta berkomunikasi dengan anda berhubung kehadiran anda;
  • Untuk berkongsi Data Peribadi anda dalam kalangan anak syarikat, syarikat bersekutu dan entiti yang dikawal bersama bagi Tujuan serta tujuan pemasaran produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka; dan
  • Untuk berkongsi nama dan nombor anda dengan rakan niaga, pengiklan, syarikat pengurusan acara atau penaja yang mungkin menghubungi anda bagi tujuan pemasaran dan promosi;

melalui pos, serahan tangan, perkhidmatan kurier, e-mel, panggilan atau mesej melalui peranti elektronik atau aplikasi mudah alih, atau mana-mana platform lain di internet.

Pemindahan Data Peribadi

Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa di luar Malaysia, termasuk kepada syarikat di bawah MPB yang berada di luar Malaysia dan/atau di lokasi pelayan MPB yang berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di sini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Data Peribadi anda boleh dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Kami juga boleh melantik syarikat lain, penyedia perkhidmatan atau individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak kami, dan seterusnya boleh memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga tersebut termasuk (tanpa had):

  • Ejen penghantaran seperti penjual surat khabar dan pengedar berita;
  • Rakan niaga dan pengiklan kami, yang merangkumi pihak yang kami bekerjasama bagi acara, program dan aktiviti tertentu;
  • Syarikat pengurusan acara dan penaja acara;
  • Syarikat penyelidikan pemasaran;
  • Penyedia perkhidmatan, termasuk penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk infrastruktur, perisian dan kerja pembangunan;
  • Penasihat profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan perunding;
  • Entiti lain dalam MPB; dan
  • Pihak berkuasa kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan.

Data Peribadi anda juga boleh dikongsi berkaitan transaksi korporat, seperti penjualan anak syarikat atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau dalam keadaan tidak mungkin berlaku pembubaran.

Penarikan Balik atau Pembatalan Persetujuan

Sila maklumkan kepada kami secara bertulis sekiranya anda ingin menarik balik atau membatalkan persetujuan anda terhadap penggunaan dan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang ditetapkan di sini.

Jika anda ingin berhenti melanggan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan oleh kami, sila klik pada pautan “Berhenti Melanggan” (“Unsubscribe”) tertera di dalam e-mel yang berkaitan agar tidak menerima sebarang e-mel pada masa hadapan.

Permintaan Akses, Pembetulan, Pertanyaan, dan Pengehadan Pemprosesan Data Peribadi

Kami mengambil langkah munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan terkini. Anda digalakkan untuk memaklum kami atas sebarang perubahan atau ketidaktepatan dalam Data Peribadi anda supaya kami dapat mengekalkan integriti. Anda boleh mengemukakan aduan anda, permintaan untuk akses dan/atau permintaan pembetulan Data Peribadi anda, serta permintaan untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi Tujuan Tambahan dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi:

  • Jawatan: Pegawai Perlindungan Data
  • Alamat: Aras 2, Balai Berita, Anjung Riong, No. 31 Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Emel: [email protected]
  • Nombor Telefon: 603 2724 8927
  • Nombor Faks: 603 2282 0152
  • Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang dari Isnin - Jumaat (tidak termasuk Cuti Umum)

Kami berhak mengenakan fi untuk memproses permintaan yang tersebut di atas.

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti dalam keadaan di mana perbelanjaan untuk memberikan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko yang mungkin timbul terhadap anda atau privasi mana-mana individu lain.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pengumpulan Data Peribadi anda melalui kuki di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan kuki dengan membuat pelarasan pada tetapan pelayar internet anda bagi melumpuhkan, menyekat atau menyahaktifkan kuki, termasuk memadam sejarah pelayaran dan mengosongkan cache pelayar internet anda.

Keselamatan Data Peribadi

Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah dan praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, serta daripada pengubahan atau pemusnahan, selaras dengan Prinsip Keselamatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Kami melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang bersesuaian, termasuk penyulitan data, kawalan akses, keselamatan fizikal, dan program kesedaran pekerja, bagi memastikan kerahsiaan dan integriti Data Peribadi anda terpelihara.

Sekiranya pemprosesan Data Peribadi anda dijalankan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak kami, kami akan memastikan pihak tersebut memberikan jaminan yang mencukupi berhubung langkah keselamatan mereka serta mematuhi keperluan keselamatan kami.

Pemberitahuan Pelanggaran Data

Sekiranya berlaku pelanggaran Data Peribadi yang berkemungkinan mengakibatkan kemudaratan atau berskala besar, kami akan mematuhi Garis Panduan Dan Pekeliling Pemberitahuan Pelanggaran Data dan memaklumkan Pesuruhjaya serta individu yang terjejas sebagaimana yang dikehendaki. Untuk melaporkan sebarang pelanggaran yang disyaki, sila hubungi [email protected] dengan segera.

Penyimpanan Data

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda hanya bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau bagi mematuhi keperluan undang-undang, peraturan, atau polisi syarikat. Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan tersebut, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memadam atau memusnahkannya secara selamat selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Maklumat Peribadi daripada Kanak-Kanak Bawah Umur, Individu Kurang Upaya dan Individu Lain

Sekiranya anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan membenarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah 18 tahun) atau individu kurang upaya di bawah jagaan anda untuk menyerahkan Data Peribadi kepada kami. Sekiranya Data Peribadi tersebut telah diberikan kepada kami, anda dengan ini dianggap telah memberi kebenaran kepada pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak bawah umur tersebut atau individu kurang upaya tersebut serta secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Persetujuan daripada Pihak ketiga

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan anda), dan dalam keadaan sedemikian anda menyatakan dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami dan bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk Data Peribadi tersebut diproses dan digunakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil maklum bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Sekiranya anda memberikan maklumat secara langsung kepada laman web tersebut, dasar privasi dan terma perkhidmatan di laman web berkenaan akan terpakai, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman web tersebut.

PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE

This Personal Data Protection Notice ("Notice") describes how Media Prima Berhad (Company No. 532975 A) and its subsidiaries, associate companies and jointly controlled entities (collectively referred to as "MPB") use your Personal Data.

MPB is referred to as "we", "us", "our" or "ours". Any person using and accessing MPB sites, the Content or the Services is referred to as the "User", "you" or "yours".

"Website" means the official websites, web pages, mobile web interfaces, microsites, landing pages, portals, applications, social medias, and other digital platforms that are owned, operated, controlled, or made available by MPB and its subsidiaries, related corporations, and affiliated entities including all associated subdomains and country-specific domains, and any content, features, functionality, advertising technology, tracking technologies, integrations, and services made available thereon or through such platforms.

Your personal data may be collected from cookies and similar technologies used on the Website, and such data shall be processed in accordance with this Notice and the PDPA.

Acknowledgement and Consent

By (1) communicating with us; (2) using our services; (3) purchasing products from us; or (4) by virtue of your engagement with us, you acknowledge that you have read and understood this Notice and agree and consent to the use, processing and transfer of your Personal Data by us as described in this Notice.

We shall have the right to modify, update or amend the terms of this Notice at any time by placing the updated Notice on the Websites. By continuing to communicate with us, by continuing to use our services, purchasing products from us or by your continued engagement with us following the modifications, updates or amendments to this Notice, such actions shall signify your acceptance of such modifications, updates or amendments.

In the event of any conflict between the English and other language versions, the English version shall prevail.

Collection of Personal Data

"Personal Data" means information about you, from which you are identifiable, including but not limited to your name, identification card number, birth certificate number, passport number, nationality, address, telephone number, fax number, bank details, credit card details, race, gender, date of birth, marital status, resident status, education background, financial background, images, personal interests, email address, your occupation, your designation in your company, your company details, the industry in which you work in, any information about you which you have provided to us in registration forms, application forms or any other similar forms and/or any information about you that has been or may be collected, stored, used and processed by us from time to time and includes sensitive personal data such as data relating to health, religious or other similar beliefs.

The provision of your Personal Data is voluntary. However, if you do not provide us with your Personal Data, we will not be able to process your Personal Data for the Purposes and Additional Purposes outlined below.

If you are an agent, vendor, supplier or service provider, provision of your Personal Data is mandatory and failure to provide your Personal Data may be a breach of laws or regulatory requirements, and may cause us to be unable to engage you to provide services or products or issue payments to you for products or services provided.

Sources from which your Personal Data may be obtained

In addition to the Personal Data you provide to us directly, we may collect your Personal Data from a variety of sources including but not limited to:

  • Fill up and completing application or registration forms or any other similar forms via online or otherwise;
  • When you register at the Website as a user;
  • From publicly available sources;
  • From MPB and its subsidiaries, related corporations, and affiliate entities social media accounts, if you view, comment, follow, like or are a fan of such pages;
  • From credit reporting agencies;
  • When you interact and communicate with us at any events or activities;
  • When you enter contests organised by us;
  • By entering, viewing and/or using MPB and its subsidiaries, related corporations, and affiliated entities Website. The list of Website can be found in https://www.mediaprima.com.my/;
  • From our server logs when you log into the MPB and its subsidiaries, related corporations, and affiliated entities Website, such as details of internet protocol address; or
  • From telephone log information when you call us, such as your telephone number.
Purposes of Processing

We may use and process your Personal Data for business, and administrative purposes of MPB and its subsidiaries, related corporations, and affiliated entities which shall include, without limitation the following (“the Purpose”):

Where you are a customer or our subscriber:

  • to perform our obligations in respect of any contract entered into with you;
  • to provide you with any services or products you have requested;
  • to process your subscription for our Services and to deliver those subscribed Services to you;
  • to process your purchase or request for advertising space;
  • where you have requested materials from the resource centre or library, to process your request, to deliver the materials to you, to provide you a license for the content you wish to use;
  • to process your participation in any events, activities, focus groups, research studies, contests, promotions, polls, surveys or any productions;
  • process, manage or verify your application for subscription with us and to provide you the benefits offered to subscribers;
  • to validate your purchases and process payments relating to any products or services you have requested;
  • to understand and analyse our sales as well as your needs and preferences;
  • to develop, enhance and provide products and services to meet your needs;
  • to process exchanges or product returns;

Where you are an agent, vendor, supplier or service provider:

  • for the purposes of engaging you to provide services or products;
  • to facilitate or enable any checks as may be required by us in order to engage you;
  • to process payments for charges and taxes of the products or services that you have provided to MPB;
  • to contact you or your company;

General:-

  • to respond to questions, comments and feedback from you;
  • to communicate with you for any of the purposes listed in this Notice;
  • for internal administrative purposes, such as auditing, data analysis, database records;
  • for purposes of investigation, detection, prevention and prosecution of security breaches, crime or fraud;
  • for us to comply with its obligations under law;
  • to maintain appropriate records for internal administrative purposes;

By using the Website, our products and services, you agree and consent that we use, process and store your Personal Data for the Purposes and in the manner as identified in this Notice.

Marketing and promotional purposes

We may also use and process your data for other purposes such as (“Additional Purposes”):

  • To send you alerts, newsletters, updates, mailers, promotional materials, special privileges, festive greetings from us, our partners, sponsors or advertisers;
  • To notify and invite you to events or activities organised by us, our partners, sponsors or advertisers;
  • To process your registration to participate in or attend an event or activity and to communicate with you regarding your attendance at the event or activity;
  • To share your Personal Data amongst our subsidiaries, associate companies and jointly controlled entities for the Purpose and to market their products, services, events or promotions; and
  • To share your name and contact number with our partners, advertisers, event companies or sponsors who may communicate with you, for the purpose of marketing and promotions;

by way of postage, personal delivery, courier service, e-mail, call or message either through electronic devices or mobile applications, or any other platforms on the internet.

Transfer of Personal Data

Your Personal Data may be transferred to, stored, used and processed in a jurisdiction other than Malaysia, to companies under MPB which are located outside of Malaysia and/or where MPB's servers are located outside of Malaysia. You understand and consent to the transfer of your Personal Data out of Malaysia as described herein.

Disclosure to Third Parties

Your personal data may be transferred, accessed or disclosed to third parties for the Purposes and Additional Purposes. Further, we may engage other companies, service providers or individuals to perform functions on its behalf, and consequently may provide access or disclose your Personal Data to such service providers or third parties. The third parties referred to in this Section include (without limitation):

  • Delivery agents such as newspaper vendors and newsagents;
  • Our partners and advertisers, which include parties with whom we collaborate with for certain events, programmes and activities;
  • Event management companies and event sponsors;
  • Marketing research companies;
  • Service providers, including, information technology (IT) service providers for infrastructure, software and development work;
  • Professional advisors and external auditors, including legal advisors, financial advisors and consultants;
  • Other entities within MPB; and
  • Governmental authorities to comply with statutory, regulatory and governmental requirements.

Your Personal Data may also be shared in connection with a corporate transaction, such as a sale of a subsidiary or a division, merger, consolidation, or asset sale, or in the unlikely event of winding-up.

Withdraw or revoke consent

Please notify us in writing if you wish to withdraw or revoke your consent from our use and process your Personal Data for the Purposes and the Additional Purpose as stipulated herein.

If you wish to unsubscribe to the processing of your Personal Data for Additional Purposes by us, please click on the link "Unsubscribe" which is embedded in the relevant email in order not to receive any email in the future.

Access & Correction Requests and Inquiries, Limiting the Processing of Personal Data

We take reasonable steps to ensure that your Personal Data is accurate, complete, not misleading, and kept up to date. You are encouraged to inform us of any changes or inaccuracies in your Personal Data so that we can maintain its integrity. You may submit your complaints, request for access to and/or request correction of your Personal Data, request to limit the processing of your Personal Data for the Additional Purposes and/or make any inquiries regarding your Personal Data by contacting:

  • Designation: Data Protection Officer
  • Address: Level 2, Balai Berita, Anjung Riong, No. 31 Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Email: [email protected]
  • Telephone Number: 603 2724 8927
  • Fax Number: 603 2282 0152
  • Operating Hours: 9am-6pm from Mondays - Fridays (excluding Public Holidays)

We may impose a fee for processing the aforesaid requests.

In respect of your right to access and/or correct your Personal Data, we have the right to refuse your requests to access and/or make any correction to your Personal Data for the reasons permitted under law, such as where the expense of providing access to you is disproportionate to the risks to you or another person's privacy.

If you do not wish for your Personal Data to be collected via cookies on the Website, you may deactivate cookies by adjusting your internet browser settings to disable, block or deactivate cookies, by deleting your browsing history and clearing the cache from your internet browser.

Security of Personal Data

We take reasonable and practical steps to protect your Personal Data against loss, misuse, modification, unauthorised or accidental access or disclosure, alteration or destruction, in accordance with the Security Principle under the Personal Data Protection Act 2010.

We implement appropriate technical and organisational measures, including data encryption, access controls, physical security, and employee awareness programmes, to safeguard the confidentiality and integrity of your Personal Data.

Where processing of your Personal Data is carried out by a third-party service provider on our behalf, we require such parties to provide sufficient guarantees in respect of their security measures and to comply with our security requirements.

Data Breach Notification

In the event that a personal data breach occurs that is likely to result in harm or is of significant scale, we will follow the Personal Data Protection Department's Data Breach Notification Guidelines and notify the Commissioner and affected individuals as required. To report a suspected breach, please contact [email protected] immediately.

Data Retention

We will retain your Personal Data only for as long as necessary to fulfill the purposes for which it was collected or to comply with legal, regulatory, or internal policy requirements. When your Personal Data is no longer required for such purposes, we will take reasonable steps to securely delete or destroy it in accordance with the Personal Data Protection Act 2010.

Personal Information from Minors, Handicapped and Other Individuals

If you are a parent or legal guardian, please do not allow the minor (individuals under 18 years of age), handicapped under your care to submit Personal Data to us. In the event that such Personal Data is provided to us, you hereby consent to the processing of the minor's, handicapped's Personal Data and personally accept and agree to be bound by this Notice and take responsibility for his or her actions.

Consent from third parties

In some circumstances you may have provided personal data relating to other individuals (such as your spouse, family members or friends) and in such circumstances you represent and warrant that you are authorised to provide their personal data to us and you have obtained their consent for their personal data to be processed and used in the manner as set forth in this Notice.

Links to Third-Party Websites

The Website may contain links to third parties' websites. Please note that we are not responsible for the collection, use, maintenance, sharing, or disclosure of data and information by such third parties. If you provide information directly to such sites, the privacy policy and terms of service on those sites are applicable and we are not responsible for the information processing practices or privacy policies of such sites.